Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    CR7 dikuarantin di Madeira

    LISBON, 13 MAC – Cristiano Ronaldo telah berada dalam kuarantin di Madeira selama beberapa hari namun tidak menunjukkan simptom gejala COVID-19 sejurus selepas rakan sepasukannya dari kelab Juventus diuji positif, kata pihak berkuasa tempatan di Portugal, kelmarin.

    “Ronaldo meninggalkan Itali beberapa hari yang lalu dan berada di tempat penga-singannya baru-baru ini,” kata Pedro Ramos, anggota pemerintah daerah Madeira yang bertanggungjawab terhadap kesihatan di tempat itu. “Kedua-dua atlet dan keluarganya tidak mengalami simptom gejala virus,” katanya semasa persidangan media.

    Juventus dan pemain pertahanan Itali, Daniele Rugani diuji positif virus COVID-19 pada hari Rabu, walaupun kelab itu mengatakan dia tidak menunjukkan apa-apa gejala.

    “Para pemain, ahli kakitangan dan semua orang yang melakukan hubungan kontak dengan Rugani berada dalam pengasingan. Ronaldo berada di Madeira dan tinggal di sana sehingga notis lanjut,” menurut kelab Serie A itu. Ronaldo melakukan perjalanan ke bandar tempat asalnya di Madeira minggu lalu untuk melawat ibunya yang mengalami strok.

    “Ronaldo melawat ibunya kerana perkhidmatan kesihatan menjamin semua keadaan selamat untuknya tetapi juga untuk semua orang yang bersentuhan dengannya,” kata Ramos. Portugal telah mengumumkan baru-baru ini untuk menggantung penerbangan pergi dan balik dari Itali sehingga 24 Mac disebabkan oleh pandemik koronavirus semakin meluas.

    Pihak berkuasa kesihatan Portugal kelmarin melaporkan sejumlah 78 kes jangkitan di negara itu. – AFP

    Ronaldo berada dalam kuarantin di Madeira dan tinggal di sana sehingga notis lanjut dikeluarkan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda