CR7, Dybala bantu Juve kukuh kedudukan Serie A

MILAN, 23 JUN – Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala masing-masing berjaya menjaringkan gol ketika Juventus meletakkan kekalahan akhir Piala Itali baru-baru ini di belakang mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Bologna pada perlawanan semalam dan menjarakkan empat jurang mata ke atas Lazio di Serie A.

Bintang Portugal, Ronaldo gagal menjaringkan penalti pada perlawanan separuh akhir Piala Itali menentang AC Milan dan gagal memenangi perlawanan final buat Juventus setelah tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Napoli.

Tetapi pemain berusia 35 tahun itu tidak membuat sebarang kesilapan dalam perlawanan liga pertama Juventus semalam sejak menewaskan Inter Milan 2-0 di Turin pada 8 Mac lalu.

Dia berjaya menemui jaringan di minit ke-23 menerusi hantaran Matthijs de Ligt untuk gol ke-26nya di semua pertandingan musim ini.

Paulo Dybala menjaring gol pada minit ke-36 melalui hantaran pendek dari Federico Bernardeschi ketika Juventus, mengejar kejuaraan kesembilan liga mereka berturut-turut.

Aksi Cristiano Ronaldo (tengah), Paulo Dybala (kiri), Miralem Pjanic sebelum melakukan sepakan percuma semasa perlawanan Serie A Itali antara Bologna dan Juventus, semalam di Stadium Renato-Dall Ara di Bologna. – AFP

Lazio akan melakukan perjalanan ke Atalanta yang berada di tempat keempat Rabu ini, untuk memenangi gelaran Serie A pertama dalam dua dekad. Inter Milan, di tempat ketiga, berada sembilan mata di belakang Juventus dan akan menjadi tuan rumah menentang Sassuolo esok.

AC Milan dengan ketiadaan Zlatan Ibrahimovic berjaya menyingkirkan Lecce dengan kemenangan 4-1 dan memastikan kelayakan mereka ke Eropah musim depan.

Bintang Sweden, Ibrahimovic masih belum cergas dari kecederaan di kakinya tetapi Milan meletakkan kekalahan mereka baru-baru ini di separuh akhir Piala Itali di belakang mereka dengan menewaskan Lecce.

“Ini kemenangan penting,” kata pengurus Milan, Stefano Pioli.

“Roma yang berada di tangga kelima perlu berusaha mengumpulkan sebanyak mata yang mungkin. “Ibra adalah pemain terbaik bagi kami, tanpa dia kami harus mencari penyelesaian lain.” – AFP