Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    CREATES dukung projek rintis 5G

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Satu rangka kerja dasar iaitu National Science, Technology and Innovation Framework sedang disediakan bagi menetapkan hala tuju dan strategi yang jelas ke arah pembangunan negara demi mencapai Wawasan Brunei 2035 yang mana hala tuju sains, teknologi dan inovasi berkenaan akan diselaraskan dengan keperluan-keperluan industri yang terkini dan relevan.

    Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof berkata, rangka kerja itu disediakan dalam menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (CREATES) bagi memacu aktiviti penyelidikan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi di negara ini.

    Beliau mengongsikan perkara itu semasa membentang peruntukan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi tahun kewangan 2022/2023 semasa permesyuaratan MMN, hari ini.

    Yang Berhormat Dato menambah, sebagai langkah bagi menggalakkan inovasi, beberapa inisiatif turut dilaksanakan dan dirancang, antara lain melalui CREATES iaitu satu projek penyelidikan dalam membantu menangani dan membendung COVID-19 yang telah dilaksanakan dengan kerjasama pihak Universiti Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan, Singapore Duke-NUS Medical School dan Evyd Technology Sdn Bhd.

    Menurut Yang Berhormat Dato, CREATES sedang meneliti peruntukan sebanyak $3 juta untuk tempoh tiga tahun bagi mendukung projek rintis 5G.

    “Ini adalah sebagai susulan kepada cadangan National 5G Taskforce bagi pelaksanaan strategi dan pelan-pelan tindakan ke arah pembangunan ekosistem 5G yang bermanfaat bagi Negara Brunei Darussalam,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...