Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Credit Suisse pinjam AS$53.7b daripada bank pusat Swiss

    ZURICH, 16 MAC – Credit Suisse mengumumkan hari ini ia akan meminjam hampir AS$54 bilion daripada bank pusat Swiss untuk memperkukuh kumpulan itu selepas mencatat kemerosotan dalam harga sahamnya.

    Pendedahan itu dibuat beberapa jam selepas Bank Nasional Swiss berkata jumlah modal dan kecairannya di bank berkenaan adalah cukup, walaupun ia berjanji akan menyediakan kecairan jika perlu.

    Dalam satu kenyataan, Credit Suisse berkata pinjaman bank pusat sehingga 50 bilion francs (AS$53.7 bilion) akan ‘menyokong perniagaan teras dan pelanggan’, menambah ia juga menawarkan untuk membeli balik hutang berjumlah AS$3 bilion.

    “Langkah berkenaan menunjukkan tindakan bersepadu untuk memperkukuh Credit Suisse ketika kami meneruskan transformasi strategik untuk memberikan nilai kepada pelanggan dan stakeholder lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Ulrich Koerner dalam satu kenyataan.

    “Kumpulan bank dan saya bertekad untuk bergerak ke depan untuk menawarkan bank yang lebih fokus demi memenuhi keperluan pelanggan.”

    Credit Suisse, dibelenggu beberapa siri skandal dalam beberapa tahun ini, melihat harga sahamnya merosot semalam selepas pemegang saham utama Bank Nasional Saudi enggan melabur dalam kumpulan itu, memetik sekatan dalam peraturan.

    Sahamnya menurun lebih daripada 30 peratus kepada tahap rendah sebelum pulih untuk mengakhiri perniagaan dengan penurunan 24.24 peratus, pada 1.697 francs Swiss.

    Nilai pasaran Credit Suisse telah pun terjejas pada minggu ini disebabkan bimbang kesan daripada kemuflisan dua bank AS, serta laporan tahunan memetik ‘kelemahan dokumen’ dalam kawalan dalaman. – AFP

    Papan tanda memaparkan nama Credit Suisse di Bursa Saham New York di New York pada 15 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...