NEWPORT, AMERIKA SYARIKAT, 17 JULAI – Pemain Amerika Syarikat (AS), Maxime Cressy kelmarin mara ke final Terbuka Hall of Fame ATP dengan kemenangan di kejohanan padang rumput.
Cressy, yang memburu gelaran ATP pertamanya, mara ke final ketiga tahun ini dengan menewaskan rakan senegara, John Isner 6-2, 4-6, 6-3. Cressy yang berada di ranking ke-41 dunia akan bertemu buat kali pertama dengan Bublik dalam perlawanan final Ahad ini.
Pemain berusia 25 tahun kelahiran Perancis itu meledak 22 ace untuk menunjukkan pintu keluar kepada juara Hall of Fame empat kali, Isner. Cressy mencapai dua pusingan akhir dalam kerjaya ATP pertamanya tahun ini apabila tewas kepada Rafael Nadal di Melbourne Summer Set pada Januari lalu dan rakan senegara, Taylor Fritz di Eastbourne pada bulan lepas.
Cressy menundukkan Isner buat kali kedua untuk memenangi set pertama dalam masa 29 minit, tetapi Isner bangkit menewaskan Cressy dengan pukulan backhand untuk meraih kelebihan 3-2 pada set kedua dan bertahan untuk mengheret perlawanan ke set ketiga. Mata yang menakjubkan daripada Cressy memberikannya pendahuluan 5-3 sebelum rehat.
Selepas pukulan forehand untuk mendapatkan peluang break, Cressy membuat servis yang hampir tidak melepasi jaring. Cessy kemudian menghasilkan pukulan penyudah yang di luar jangkauan Isner, memberikan Cressy peluang untuk membuat servis bagi perlawanan itu.
Isner mempunyai dua peluang break pada perlawanan kesembilan tetapi Cressy menyelamatkan kedua-duanya dan bertahan untuk mara selepas satu jam 51 minit. – AFP