Crew United johan Futsal PEP

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Pasukan Crew United FC muncul juara dalam Kejohanan Futsal PEP sempena Riadah Hari Keluarga 2017 yang diadakan padang futsal riadah Kampung Rimba Gadong.

Crew United FC berjaya menumpaskan pasukan Nasi Katok PME3 yang terpaksa akur di tempat kedua, manakala tempat ketiga disandang oleh Pasukan Kopi Jantan FT PME2 dan hadiah-hadiah disampaikan oleh perwakilan dari Unit Pengurusan Estet, Dayang Aziah binti Haji Ahmad.

Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang ikut serta dan atas sokongan semua pihak bagi menjayakan kejohanan ini.

Antara tujuan kejohanan itu diadakan adalah bagi menyediakan platform kepada para peserta untuk memperlihatkan bakat-bakat mereka. Secara tidak langsung ia juga bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta penerapan semangat juang dan daya saing secara sihat di sepanjang kejohanan diadakan.

Juara Kejohanan Futsal PEP sempena Riadah Hari Keluarga 2017, Pasukan Crew United FC.
Juara Kejohanan Futsal PEP sempena Riadah Hari Keluarga 2017, Pasukan Crew United FC.