Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Croatia benam Sepanyol

    MÁLAGA, SEPANYOL, 24 NOV – Marin Cilic kelmarin membawa Croatia untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Davis, selepas menewaskan juara enam kali, Sepanyol yang tidak diwakili oleh Carlos Alcaraz dan Rafel Nadal, pemain ranking pertama dan kedua dunia.

    Pemain ranking dunia ke-17, Cilic, yang merupakan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, bangkit untuk mengalahkan pemain ranking dunia ke-13, Pablo Carreno Busta 5-7, 6-3, 7-6 (7/5) sekali gus menempah tiket ke peringkat separuh akhir berdepan Australia.

    Sebelum itu, Borna Coric membawa pasukannya yang pernah memenangi Piala Davis pada tahun 2005 dan 2018, mengalahkan Roberto Bautista Agut 6-4, 7-6 (7/4).

    Cilic, 34, yang membuat penampilan pertamanya dalam Piala Davis pada tahun 2006, tewas pada set pertama sebelum berjaya bangkit semula dalam perlawanan yang mengambil masa selama tiga jam 13 minit.

    “Ia satu pertarungan yang menakjubkan,” kata Cilic.

    Aksi Marin Cilic membalas hantaran Pablo Carreno Busta semasa perlawanan perseorangan lelaki peringkat suku akhir Piala Davis antara Croatia dan Sepanyol di Dewan Sukan Martin Carpena, Malaga, kelmarin. – AFP

    Walaubagaimana pun, dia mengaku yang ketiadaan Alcaraz dan Nadal banyak membantu Croatia yang pernah kalah dalam ketiga-tiga pertemuan dengan Sepanyol dalam edisi Piala Davis yang lalu.

    “Ia pasti berbeza. Rafa selalunya menjadi ketua pasukan mereka. Dia merupakan pemain terbaik Piala Davis.

    “Carlos, musim yang menakjubkan untuknya. Sayangnya dia tercedera.”

    Kapten Sepanyol, Sergi Bruguera mengenang kembali penyingkiran pasukannya.

    “Saya rasa tuah memainkan peranan dalam kemenangan, dan Cilic memilikinya hari ini,” tegasnya.

    Juara Piala Davis 32 kali, Amerika Syarikat akan berdepan Itali, manakala Jerman akan bertemu Kanada dalam baki perlawanan peringkat suku akhir. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...