Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Croatia berjaya jalankan pembedahan pindah buah pinggang

    ZAGREB, 5 NOV – Pusat Hospital Klinikal Rijeka, bandar ketiga terbesar di Croatia, telah membuat penemuan terbaru perubatan global apabila berjaya melakukan autotransplantasi buah pinggang, kata hospital itu dalam satu kenyataan kelmarin.

    Pakar di bahagian urologi hospital berkenaan berjaya memindahkan buah pinggang pesakit yang terjejas oleh penyakit ginekologi ke bahagian lain badan di mana buah pinggang mendapat semula fungsi penuh dalam jangka masa yang dijangkakan.

    Ia menandakan pencapaian penting untuk kedua-dua hospital dan komuniti perubatan Eropah dan juga global, kata media tempatan, merujuk kepada autotransplantasi buah pinggang sebagai pembedahan rumit yang dilakukan hanya di beberapa pusat perubatan di seluruh dunia.

    Jabatan urologi Pusat Hospital Rijeka telah menjadi pusat rujukan Kementerian Kesihatan Croatia untuk pemindahan buah pinggang.  – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda