Croatia tambah umur persaraan

ZAGREB, 13 JUN – Kesatuan perniagaan Croatia memberikan petisyen kepada parlimen hari ini menggesa referendum diadakan di seluruh negara dalam satu cabaran terhadap pelan untuk menambah umur persaraan daripada 65 kepada 67 tahun.

Ahli Kesatuan Eropah meluluskan langkah untuk menambah umur persaraan mulai tahun 2033 dan mengurangkan pencen untuk mereka yang bersara awal.

Kerajaan Perdana Menteri Konservatif Andrej Plenkoviv berkata tindakan itu perlu untuk menjadikan sistem pencen mampan, memandangkan penduduk negara semakin meningkat usia.

Namun kesatuan perniagaan mengecam perubahan sebagai ‘tidak masuk akal’, mengecap mereka satu ‘kesan elitisme politik.’

Mereka berkata taraf hidup penduduk Croatia dan jangka hayat adalah lebih rendah berbanding purata di Kesatuan Eropah (EU).

“Kami ialah negara yang miskin dan kerja berlebihan di mana rakyat dipaksa bekerja sehingga keletihan,” kata pemimpin kesatuan Kresimir Sever.

Kesatuan itu berkata bahawa mereka mengumpul lebih daripada 740,000 tanda tangan meminta referendum diadakan semasa kempen dua minggu pada April dan Mei. – AFP

Wakil kesatuan perniagaan senyum ketika berdiri di depan 65 kotak yang mengandungi tanda tangan untuk referendum mengenai umur persaraan di depan bangunan parlimen di Zaghreb kelmarin. – AFP