Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Crystal Palace malukan Arsenal

    LONDON, 5 APRIL – Crystal Palace menguasai perlawanan sejak awal permainan untuk menewaskan Arsenal 3-0 di Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin ketika pasukan Patrick Vieira memberi tamparan hebat kepada bekas pasukannya dalam perebutan kedudukan empat teratas.

    Jean-Philippe Mateta dan Jordan Ayew meletakkan The Eagles di hadapan selepas 24 minit dan penalti pada separuh masa kedua oleh Wilfried Zaha menambah jaringan untuk tuan rumah, yang melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada tujuh perlawanan dalam semua pertandingan dan naik ke tempat kesembilan dalam carta.

    Bagi Arsenal, kekalahan itu bermakna ia kini berada di belakang Tottenham yang menghuni tempat keempat dengan perbezaan gol, walaupun dengan kelebihan satu perlawanan.

    Palace mengikat Manchester City dengan keputusan seri tanpa jaringan tiga minggu lalu dan tuan rumah menyukarkan pasukan lawan dalam pertemuan tersebut.

    Gol pembukaan terhasil apabila sepakan percuma oleh Gallagher menemui Joachim Andersen yang berada berdekatan dengan tiang gol, lalu menghantar bola kepada Mateta untuk menanduk masuk dari jarak dekat, gol keenamnya dalam kempen tersebut.

    Lapan minit kemudian, Andersen menghasilkan hantaran silang dari kawasan sendiri dan Ayew berjaya mengawal bola sebelum membuat percubaan Ramsdale.

    Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menurunkan Gabriel Martinelli pada separuh masa sebagai pemain gantian untuk pemain pertahanan kiri, Nuno Tavarez yang menggantikan Kieran Tierney kerana tercedera.

    Arsenal bertambah baik selepas sejam perlawanan berlangsung dan Emile Smith Rowe sepatutnya melakukan yang lebih baik apabila bola dikawal olehnya tetapi percubaan sepakan lapan elanya lemah dan menuju terus kepada penjaga gol, Vicente Guaita.

    Martin Odegaard mempunyai peluang terbaik ketika berbaki 23 minit selepas hantaran oleh salah seorang pemain gantian, Eddie Nketiah namun percubaan pemain antarabangsa Norway itu tersasar. – AP

    Aksi perebutan bola di antara Bukayo Saka dan Wilfried Zaha semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Crystal Palace dan Arsenal di stadium Selhurst Park, London, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...