LONDON, 17 MAC – Crystal Palace memecat pengurusnya, Patrick Vieira hari ini selepas hanya berjaya meraih satu kemenangan yang menyedihkan dalam 14 perlawanan Liga Perdana yang membawa mereka ke zon penyingkiran.
Kelab London itu, tanpa kemenangan pada 2023 di bawah kendalian bekas pemain tengah Arsenal dan Perancis, berada di tangga ke-12 dalam senarai tetapi hanya tiga mata dari zon penyingkiran.
“Dengan penuh kesal keputusan yang sukar ini telah dibuat,” kata pengerusi Steve Parish.
Palace berkata dalam satu kenyataan bahawa ‘proses untuk melantik pengurus baharu sedang diusahakan.’
Tiga orang kakitangan jurulatih Vieira termasuk Osian Roberts, Kristian Wilson dan Said Aigoun juga telah meninggalkan Selhurst Park.
Parish menambah, “Patrick telah memberikan segalanya kepada kelab, dan kami semua berterima kasih kepadanya dan pasukan atas perkhidmatan mereka.”
Vieira, 46, menggantikan Roy Hodgson sebelum permulaan musim 2021/22 dan memimpin Palace di tempat ke-12.
Tetapi musim ini mereka hanya menjaringkan 21 gol dalam 27 perlawanan, hanya tiga kelab yang menjaringkan lebih sedikit. – AFP
