Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Crystal Palace tumpas di tangan United

-

MELBOURNE, 20 JULAI – Jurulatih baharu, Erik ten Hag memberi amaran bahawa masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan selepas Manchester United menewaskan Crystal Palace 3-1 kelmarin dengan Anthony Martial menjaringkan gol ketiganya dalam tiga perlawanan pramusim.

Di hadapan 76,500 orang penyokong di Melbourne Cricket Ground, penyerang Perancis, Martial menjaringkan gol pada separuh masa pertama manakala Marcus Rashford dan Jadon Sancho kedua-duanya mencatat gol kedua mereka dalam jelajah pramusim Manchester United.

Palace hanya sekadar mendapat gol sagu hati menerusi jaringan Joel Ward dan mereka terus mengasak berhabis-habisan hingga ke hujung perlawanan yang menyaksikan pemain United dikurangkan kepada 10 orang pemain pada minit-minit akhir selepas Will Fish dilayangkan kad merah atas kesalahan yang disengajakan.

Manakala kapten pasukan United, Harry Maguire turut mendapat ejekan daripada sebahagian peminat dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, ia merupakan malam yang paling positif bagi The Red Devils dengan kemenangan persahabatan ketiga Ten Hag sejak mengambil alih selepas mereka membelasah Liverpool 4-0 di Bangkok dan kemenangan 4-1 ke atas Melbourne Victory. – AFP

Reaksi Anthony Martial selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan jelajah pramusim menentang Crystal Palace kelmarin. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -