PRAGUE, 11 MEI – Juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova, adik-beradik Pliskova dan 100 orang pemain teratas Czech berentap dalam kejohanan tenis di Prague pada 26 hingga 28 Mei, penganjur berkata kelmarin.
“Ia merupakan kejohanan pertama, Persatuan Tenis Czech (CTS) telah bersedia untuk pemain di masa mereka tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan kerana pandemik,”jurucakap kejohanan, Karel Tejkal berkata dalam kenyataan. Kejohanan wanita akan menghimpunkan Kvitova, ranking ke-12 WTA, pemain ranking ke-26, Karolina Muchova dan pemain ke-31, Barbora Strycova.
“Saya tidak sabar untuk bermain dalam kejohanan selepas sekian lama,” kata Kvitova.
“Saya ingin tahu mengenai prestasi kami nanti selepas tidak bermain dalam sebarang kejohanan.”
Pemain nombor tiga dunia, Karolina Pliskova dan kembarnya, Kristyna, ranking ke-69, berkemungkinan akan turut menyertai kejohanan tersebut. – AFP





























