Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Cuaca aktif hingga 1 Mei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Keadaan cuaca aktif diramalkan berlaku bermula hari ini hingga 1 Mei disebabkan oleh pembentukan awan hujan yang aktif di kawasan Negara Brunei Darussalam.

    Sementara itu hujan dan hujan berpetir sekali-sekala dijangka berlaku dengan angin kencang meningkat sehingga 45kmsj semasa atau dekat hujan lebat atau hujan berpetir, menurut kenyataan daripada Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), hari ini.

    Ini adalah disebabkan negara sekarang berada dalam fasa peralihan monsun iaitu tempoh peralihan selepas monsun timur laut dan sebelum memasuki monsun barat daya.

    Semasa fasa peralihan monsun ini, keadaan cuaca pada amnya cenderung panas pada waktu siang, manakala kejadian ribut petir berpotensi berlaku di kawasan pedalaman pada waktu petang dan merebak ke kawasan pesisiran dan perairan negara pada waktu malam.

    Kejadian ribut petir, kadangkala lebat dan berangin kencang boleh berlaku dan terdapat risiko banjir kilat atau banjir semasa fasa peralihan monsun ini.

    Sementara itu, keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, di bawah 1.0 m. Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku.

    Terdapat risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berlanjutan lebih satu jam dan semasa kejadian air pasang.

    Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.

    Oleh itu, BDMD menasihatkan orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit BDMD iaitu Brunei WX.

    Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook dan Instagram @bruneiweather.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...