Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cuaca aktif hingga 2 November

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Cuaca Negara Brunei Darussalam dijangka aktif untuk beberapa hari akan datang terutamanya pada malam bermula 31 Oktober sehingga 2 November berikutan kesan tidak langsung ribut tropika Nalgae.

    Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mengongsikan bahawa pada pukul 8 pagi tadi ribut tropika berkenaan telah dikesan di koordinat 16.1 N 116.8 E, di kawasan Laut China Selatan iaitu sekitar 1,400km dari Brunei dan ia diramalkan akan bergerak ke arah barat laut menjauhi Brunei.

    BDMD menyatakan bahawa hujan, sekali-skala lebat dan berangin kencang, masih dijangka berlaku dengan kelajuan angin boleh meningkat sehingga 60 kilometer sejam (kmsj) semasa atau dekat hujan lebat.

    Manakala di perairan Brunei, keadaan laut pada amnya berombak bergelora di paras 2 meter (m) ke 3m sehingga tamat tempoh Amaran Perairan Peringkat Pertama-Angin Kencang dan Bergelora iaitu pada 3 November. Kemudian keadaan laut dijangka akan berombak sederhana di paras 1.2m ke 1.8m sehingga hujung minggu.

    Sehubungan itu, BDMD menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif dan keadaan laut bergelora yang diramalkan berlaku.

    Terdapat risiko berlakunya banjir terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Cuaca aktif dengan hujan lebat dijangka berlaku di negara ini sehingga 2 November. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...