Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Cuaca aktif hingga 5 Mac ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Keadaan cuaca aktif diramalkan berlaku bermula malam ini, 1 hingga 5 Mac disebabkan oleh pembentukan awan hujan di kawasan Negara Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), hari ini, hujan berpetir sekali-sekala dijangka berlaku dengan angin kencang meningkat sehingga 45kmsj.

    Ini disebabkan negara masih berada dalam monsun timur laut di mana keadaan cuaca aktif selalunya berlaku pada waktu petang dan malam hingga ke awal pagi.

    Sementara itu, keadaan laut pada amnya berombak yang boleh mencapai ke paras sederhana sehingga 1.2m.

    Sehubungan dengan itu, BDMD menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku.

    Risiko berlakunya tanah susur, pokok tumbang serta banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta dekat tebing sungai semasa hujan lebat berlanjutan lebih dari 1 jam dan semasa kejadian air pasang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...