Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Cuaca aktif hingga hujung bulan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Negara Brunei Darussalam masih berada dalam monsun barat daya yang dipengaruhi angin tempatan dan keadaan cuaca aktif ini dijangka sehingga hujung bulan ini.

    Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menjelaskan, keadaan itu akan menyaksikan hujan berpetir di kawasan pedalaman pada waktu petang dan kemudian ber-gerak ke kawasan laut pada waktu malam.

    Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 40 kilometer sejam (kmsj) semasa atau ketika hujan lebat mula turun. Ombak pula dijangka setinggi 1 meter semasa hujan.

    Minggu lalu, cuaca negara juga dipengaruhi angin tempatan yang menyebabkan hujan berpetir di kawasan pedalaman.

    Sehubungan itu, BDMD menasihatkan orang ramai supaya mengambil perhatian mengenai risiko banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir semasa hujan lebat serta kejadian pokok tumbang ketika keadaan berangin.

    Para pemandu dan pelaut juga dinasihatkan peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini dikeluarkan BDMD dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui aplikasi Brunei WX, Talian Cuaca 114 atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...