Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Cuaca buruk NZ akibat pemanasan global

    AUCKLAND, 31 JAN – Saintis New Zealand (NZ) hari ini memberi amaran berdasarkan jumlah maksimum wap air di udara yang meningkat secara eksponen dengan suhu, potensi hujan yang melampau akan meningkat apabila iklim menjadi panas.

    Auckland kini mencatat rekod sebagai bulan paling lembap yang pernah berlaku. Lebih 769 peratus daripada taburan hujan pada Januari biasa direkodkan setakat ini, kira-kira lebih satu pertiga daripada keseluruhan purata tahunan Auckland, dengan pusingan hujan lebat seterusnya berkemungkinan melanda lagi pada malam Selasa, lapor Xinhua.

    “Bukan setiap ribut membawa banjir, tetapi apabila iklim panas, kejadian hujan akan menjadi lebih lebat,” menurut Prof James Renwick dari Victoria University of Wellington.

    Hujan lebat dari pagi Jumaat hingga pagi Sabtu di Auckland menyebabkan banjir besar merentasi bandar terbesar di New Zealand.

    Perdana Menteri New Zealand Chris Hipkins berkata cuaca buruk itu berlaku disebabkan perubahan iklim.

    Perkhidmatan Meteorologi NZ, MetService turut mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Tahap Merah untuk kawasan Auckland yang merekodkan 249mm hujan dalam tempoh 24 jam sehingga 1 pagi Sabtu. – Bernama

    Kenderaan terkandas akibat air banjir di Auckland, Sabtu, 28 Januari. Paras rekod hujan melanda bandar terbesar New Zealand itu, menyebabkan banjir teruk. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...