Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Cuaca dijangka aktif hingga 11 November

    Oleh Syahmi Hassan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Negara Brunei Darussalam pada masa ini berada di dalam tempoh peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga hujung bulan November 2023.

    Sepanjang tempoh ini, kesan angin tempatan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi cuaca harian kita.

    Keadaaan cuaca dijangka aktif pada beberapa hari yang akan datang disebabkan oleh pertembungan satu sistem tekanan rendah berdekatan dengan Negara kita dengan kesan angin tempatan yang menjadikan keadaan atmosfera lebih lembap dan seterusnya meningkatkan pembentukan awan-awan hujan.

    Keadaan cuaca aktif diramalkan berterusan sehingga 11 November 2023, dengan hujan lebat dan berpetir sekali-sekala berlaku terutama di kawasan pedalaman pada waktu lewat petang dan sekali-sekala merebak ke kawasan pesisiran pantai pada waktu malam.

    Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 45 kmsj semasa atau dekat hujan lebat dan berpetir.

    Di perairan Brunei, keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, di bawah 1.0 meter, menurut kenyataan Jabatan KajiCuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, hari ini.

    BDMD menasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku.

    Terdapat risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Risiko pokok tumbang dan tanah susur juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin. Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkiniyang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatansemua.

    BDMD akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...