Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Cuaca diramal aktif sehingga 26 Nov

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Negara Brunei Darussalam dijangkakan mengalami keadaan cuaca tidak menentu pada minggu ini disebabkan pertembungan luruan angin

    sejuk dengan sistem tekanan rendah berdekatan dengan negara yang menjadikan keadaan atmosfera lebih lembap dan seterusnya meningkatkan pembentukan awan-awan hujan.

    Keadaan cuaca aktif berkenaan diramalkan berterusan sehingga 26 November dengan hujan lebat berpetir sekali-sekala berlaku dengan kelajuan angin boleh meningkat sehingga 45kmsj semasa atau dekat hujan lebat berpetir. Di perairan Brunei, keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit ke sederhana iaitu sehingga 1.8 meter.

    Maklumat keadaan cuaca negara tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, di sini, dengan jabatan berkenaan turut menyatakan bahawa negara pada masa ini berada di penghujung tempoh peralihan monsun di mana sepanjang tempoh itu, kesan angin tempatan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi cuaca harian kita.

    Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku dengan terdapat risiko banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    GAMBAR UNSPLASH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...