Cuaca ekstrem ragut 11 jiwa, 66 lagi cedera

BEIJING, 2 MEI – Ribut ekstrem membadai bandar timur China telah mengorbankan 11 orang manakala 66 lagi cedera dengan angin kencang menyebabkan bangunan dan pokok tumbang, kata para pegawai.

Bandar Nantong yang terletak di timur wilayah Jiangsu antara yang paling teruk dibadai apabila cuaca ekstrem itu melanda Delta Yangtze malam Jumaat, menurut akhbar Global Times.

Para penyelamat telah memindahkan 3,050 orang, kata makluman kerajaan tempatan. Angin berkelajuan 162kmsj itu telah menterbalikkan kapal nelayan. Dua kelasi telah diselamatkan dengan operasi menyelamat telah dijalankan untuk mencari sembilan kru lain, menurut makluman tersebut.

Bekalan elektrik telah dipulihkan di Nantong manakala segala pokok tumbang, kereta-kereta yang musnah serta tingkap yang diterbangkan telah dialihkan. – AP