Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cuaca melampau landa South Island NZ

    WELLINGTON, 3 FEB – Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan New Zealand mengisytiharkan perintah kecemasan tempatan bagi Daerah Westland, bahagian barat South Island kelmarin.

    Kecemasan diisytiharkan selepas satu rekod turunan hujan 235 milimeter dalam masa 24 jam di Perbandaran Fox di rantau itu, manakala perkhidmatan kaji cuaca, MetService meramalkan sehingga 750 milimeter hujan mungkin melanda kawasan itu dalam masa beberapa hari lagi.

    MetService mengeluarkan amaran merah, yang ketiga sejak 2019 bagi seluruh negara dan kedua bagi kawasan terbabit sejak Julai, apabila hampir separuh penduduk Westport dipindahkan selepas banjir besar menenggelamkan hampir keseluruhan bandar. Namun kali ini, peramal kaji cuaca mengatakan situasi mungkin memburuk. Ahli kaji cuaca MetService, Lewis Ferris memberitahu media tempatan yang ia akan menjadi musim hujan lebat dan berpanjangan.

    Majlis Daerah Westland sudah pun mula bersiap sedia bagi banjir dan mengagihkan beg pasir kepada penduduk dan premis perniagaan di kawasan rendah. – Xinhua

    Gambar dirakamkan pada 3 Februari menunjukkan air sungai Fox di daerah Westland, South Island, New Zealand yang naik, dengan rantau itu dikenakan perintah kecemasan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...