Cuaca panas tidak boleh matikan virus COVID-19

MOSCOW, 14 MEI – Musim panas tidak mematikan koronavirus yang hidup di permukaan, sebaliknya boleh menyumbang kepada kadar peningkatan kejadian di Rusia, kata pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di Kazan Federal University, Albert Rizvanov.

Menurut agensi berita Rusia (TASS), Rizvanov yang juga mengetuai pasukan penyelidik untuk menghasilkan vaksin COVID-19 berkata: “Suhu (udara) yang rendah boleh meningkatkan daya tahan virus: suhu optimum untuk virus empat hingga lapan darjah (Celsius).

Bila suhu udara meningkat, virus jadi kurang stabil.

“Namun, virus ini mudah merebak melalui udara (bercakap, bersin, batuk atau hanya dengan bernafas), bersalam dan bersentuhan dengan permukaan baharu tercemar.

“Virus itu juga boleh terurai dengan lebih pantas walaupun pada ketika musim panas.” – Bernama