Cuaca sejuk, cicak jatuh diramalkan di Florida

MIAMI, 22 DIS – Terkenal dengan musim sejuk yang nyaman, Florida menjangka akan merai Krismas yang amat sejuk pada tahun ini, dan bersamanya fenomena yang pelik di negeri itu, iaitu cicak yang terjatuh.

“Suhu rendah dan cicak jatuh mungkin berlaku. Awasi perubahan ramalan cuaca!,” kata pejabat Perkhidmatan Cuaca di Twitter semalam.

Ia bermakna penduduk di selatan Florida perlu memakai pakaian lebih panas untuk beberapa hari dan mengawasi haiwan reptilia beku yang terjatuh dari pokok palma.

Apabila suhu menurun di bawah empat darjah Celsius, cicak tidak dapat bergerak dan akan jatuh dari pokok tempat tinggalnya, kata ahli kaji cuaca.

Haiwan itu tidak mati kesejukan, tetapi tidak dapat bergerak sehingga suhu meningkat sekali lagi.

Dan risiko terkena cicak beku adalah tidak menyenangkan, memandangkan banyak spesies yang tinggal di Florida sekarang, justeru memusnahkan flora asli negeri itu.

Tahun lalu, pihak berkuasa tempatan meminta penduduk supaya membunuh seberapa banyak haiwan berkenaan.

Pada 2018, negeri tenggara itu mengalami fenomena dihujani cicak beku dalam musim sejuk, mengejutkan penduduk setempat.

Sebaik sahaja badan haiwan cair beku, cicak itu mungkin mempertahankan diri dan menjadi agresif. – AFP