Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Cuaca sejuk melampau selubungi China

    HUNAN, 29 DIS – Salji tebal menyelubungi bahagian selatan China sejak Ahad lalu dengan suhu di beberapa bahagian di utara mencecah paras terendah -37 darjah Celsius kelmarin, susulan cuaca sejuk yang melanda seluruh negara.

    Pusat Meteorologi Negara Isnin lalu mengeluarkan sekali lagi amaran birunya bagi suhu rendah di seluruh negara, tahap terendah direkodkan dalam sistem sedia ada. Amaran biru pertama dikeluarkannya pada Ahad lalu, meramalkan bahawa cuaca sejuk akan berlarutan.

    Menurut pusat itu, di beberapa wilayah selatan dan barat daya China, suhu turun antara enam darjah Celsius dan lapan darjah Celsius dalam tempoh 24 jam antara Ahad dan Isnin.

    “Di wilayah Guizhou dan Hunan serta wilayah autonomi Guangxi Zhuang, suhu diramal tujuh darjah Celsius, lebih rendah daripada paras normal tahunan semalam.

    “Pada 7 pagi Isnin lalu, salji terkumpul setinggi 22cm meliputi wilayah Tongren, Guizhou, Huaihua serta Hunan,” katanya.

    Pakar meteorologi dari Pentadbiran Meteorologi China, Zhu Dingzhen pula berkata, salji tebal tertumpu di kawasan selatan dan bukannya wilayah utara, ekoran jisim udara sejuk bertemu udara panas dan lembap di selatan, sekali gus lebih mudah menyebabkan hujan dan salji. – ANN/China Daily

    Pekerja membersihkan ais dan salji di jalanan di daerah Kaifu, Changsa, wilayah tengah Hunan, China. Beberapa wilayah di China dibelenggu suhu sejuk melampau, sehingga mencecah -37 darjah selsius. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...