Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Cuaca tidak menentu bakal ganggu konsert Blackpink

Kumpulan Terkenal Korea Selatan, Blackpink bakal bertandang ke Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang  cukup mengujakan terutamanya bagi kelab peminatnya, Blink.

Blackpink dianggotai empat orang ahli kumpulan iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose.

Dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak lama lagi.

Walaupun konsert Blackpink bertembung dengan konsert Bulan Bintang yang diadakan pada tarikh dan waktu yang sama, ia tidak mematahkan semangat penganjur apabila tiket untuk konsert Blackpink kesemuanya habis dijual. 

Namun sejak kebelakangan ini, Malaysia dilanda hujan yang sangat lebat menyebabkan beberapa tempat dan negeri mengalami banjir yang amat dahsyat. Tidak terkecuali juga, bandar Kuala Lumpur menerima nasib yang sama apabila sesetengah tempat mengalami banjir, akan tetapi tidak seteruk di tempat lain.

Melalui satu perkongsian akaun TikTok mengongsikan mengenai suasana Stadium Nasional Bukit Jalil semalam yang dilanda hujan lebat. Di dalam video tersebut menunjukkan air yang banyak menuruni tangga stadium sehingga ada kawasan yang diseliputi air.

Rata-rata warganet meninggalkan komen yang mencuit hati selepas menonton video tersebut. – Agensi

Blackpink bakal mengadakan konsert esok walaupun cuaca tidak menentu dengan risiko banjir. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -