Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Cuadrado lanjutkan kontrak sehingga 2023

    MILAN, 15 APRIL – Juventus hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melanjutkan kontrak selama setahun bagi Juan Cuadrado yang kini beraksi sehingga akhir musim depan.

    Media Itali turut melaporkan bahawa lanjutan tersebut berkuat kuasa sehingga Jun 2023 secara automatik selepas Cuadrado bermain perlawanan ke-40 musim ini di Cagliari pada hujung minggu lalu.

    Juventus juga dilaporkan dalam rundingan untuk perjanjian lebih lama untuk Cuadrado,
    yang bakal tamat kontrak pada akhir kempen ini, yang akan mengekalkannya di kelab berkenaan sehingga 2024.

    Perjanjian tersebut juga memberikan pembayaran gaji sejumlah AS$5.4 juta untuk dua musim dalam usaha untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

    Juve baru-baru ini memutuskan untuk melepaskan pemain perancang, Paulo Dybala secara percuma pada musim panas sebagai sebahagian daripada strategi yang sama.

    Pemain antarabangsa Colombia, Cuadrado berpindah ke Juve dari Chelsea pada tahun 2015 dan sejak itu telah memenangi lima kejuaraan Serie A dan empat Piala Itali. Selain itu, Cuadrado telah bermain sebanyak 262 kali untuk pasukan Turin itu dalam semua pertandingan.

    Pemain berusia 33 tahun itu bermain secara konsisten sebagai pemain pertahanan dan pemain sayap untuk Juve dan merupakan pemain penting untuk jurulatih Massimiliano Allegri, yang kembali ke Stadium Allianz pada musim panas yang lalu.

    Juve kini enam mata di belakang pendahulu liga, AC Milan dengan baki enam perlawanan dan sepatutnya layak ke Liga Juara-Juara pada musim depan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...