Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    ‘Cuba dulu baru komen’ – Anna Jobling

    Pelakon Anna Jobling menyifatkan tindakan segelintir warganet yang melemparkan kata-kata kecaman terhadap salah satu produk jamu yang dikatakan pahit sebagai cuba menutup periuk nasi usahawan jamu berkenaan.

    Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling sebaliknya berkata, sebagai pengguna produk jamu itu, dia sendiri sudah merasai keberkesanan jamu itu yang mempunyai pelbagai khasiat dan tidak mempunyai rasa pahit seperti didakwa.

    “Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap produk jamu itu pahit. Sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba pun. Saya sendiri sebagai pengguna sangat berpuas hati dengan jamu itu yang langsung tidak berasa pahit malah manis.

    “Rasa manisnya bukanlah seperti manis buatan tetapi manis daripada bahan seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat sedap.

    “Pada saya sebelum hendak komen, cuba dahulu. Tak baik tutup periuk nasi orang lain,” katanya.

    Anna terpanggil memberi reaksi dan mempertahankan usahawan jamu itu menerusi sebuah video di Instagram dan perkongsian itu sudah mencecah 400,000 tontonan selain lebih 50,000 tanda suka.

    Dalam pada itu, Anna turut menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum memberi sebarang komen terhadap individu lain.

    “Sebelum nak menilai atau menghentam produk orang lain, cuba terlebih dahulu dan baru komen,” katanya. – Agensi

    Anna meminta agar warganet merasai sendiri produk jamu tersebut sebelum memberikan komen negatif. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...