Cuba hasil telur, udang berasas sayur

ZURICH, 7 OKT – Nestle akan menawarkan makanan alternatif berasaskan sayuran bagi menggantikan telur dan udang ketika syarikat gergasi Switzerland itu mengembang luaskan menunya dalam pasaran vegan, kata syarikat itu.

Nestle, pemilik jenama produk berasaskan coklat sehingga kopi dan makanan anak damit itu telah menumpukan lebih perhatian terhadap kesihatan dan kecergasan.

Terbaharu, ia menawarkan vEGGie dan Vrimp, di mana vEGGie yang menggantikan telur dihasilkan daripada protein soya dan lemak asid omega-3.

vEGGie boleh digoreng seperti telur sebenar, digunakan dalam friata atau lempeng, malah boleh disertakan sebagai bahan membuat kek atau biskut. – AFP