Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cuba lapor kematian pertama cacar monyet

    HAVANA, 23 OGOS – Seorang pelancong Itali yang disahkan menghidap cacar monyet iaitu kes pertama yang dilaporkan di Cuba, telah meninggal dunia, umum kementerian kesihatan negara itu dalam satu kenyataan.

    “Kesihatan pesakit tersebut merosot dengan cepat sehingga menyebabkan keadaan kritikal dan tidak stabil sejak 18 Ogos lalu, meninggal dunia pada tengah hari 21 Ogos lalu,” kata kementerian itu.

    Lelaki berusia 50 tahun itu tiba di Cuba pada 15 Ogos dan dimasukkan ke hospital tiga hari kemudian, jelas kenyataan itu. “Bedah siasat yang dijalankan di Institut Perubatan Forensik menunjukkan bahawa punca kematian adalah sepsis akibat bronkopneumonia yang disebabkan oleh kuman yang tidak ditentukan dan kerosakan pelbagai organ,” tambahnya.

    Kementerian itu turut menolak laporan bahawa pesakit itu mempunyai penyakit lain yang berpunca daripada jangkitan, selepas menjalankan kajian untuk mendapatkan penjelasan mengenai sejauh mana kronik kes itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...