Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuba menawan kembali semula kejayaan

    CUBA – Satu aroma manis sedang digunakan untuk mengisi ruang udara di kawasan perkampungan Pedro Betancourt, Cuba namun itu adalah situasi satu ketika dahulu di mana kebanyakan pekerja sedang bekerja keras di sebuah kilang penapis gula dan kini ia menjadi sebuah kilang yang terbiar malah informasi tentang kilang itu juga turut tersebar. Ketika itu, ia adalah bau kejayaan terhadap perkembangan ekonomi Cuba yang mana telah dicerca oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semasa zaman peperangan dingin namun apa yang pasti Cuba masih bergelar sebagai pengeluar gula yang berkualiti di dunia sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet dan berhenti membeli dari rejim komunis Fidel Castro.

    Sekarang, sebuah kren untuk digunakan untuk meroboh kilang terbiar itu yang mana masih kukuh dengan rangka keluli yang berkarat. Fidel telah kecundang kerana perang dingin sudah berakhir dan Cuba mahu industri gula untuk kembali. “Loji kilang ini adalah satu kehidupan masyarakat yang tinggal di sini. Apabila ia berubah maka perubahan hidup juga akan terjadi,” kata Arnaldo Herrera yang berusia 86 tahun kepada wartawan AFP.

    Tebu yang semakin meningkat

    Britain dan kuasa penjajah yang lain berkembang dengan keperluan daripada air Tebu, Cuba yang mana pada satu ketika dahulu, dituai oleh hamba abadi berkulit hitam dari abad ke-18 sehinggalah Cuba meraih kemerdekaan pada awal ke-20. Pulau ini kemudiannya menjual sejumlah yang tinggi gula yang sudah diproses ke Amerika Syarikat sehinggalah wilayah Washington mengenakan sekatan perdagangan ke atas negara itu selepas pihak komunis revolusi Castro mengambil alih kuasa Cuba pada tahun 1959.

    Castro kemudiannya mengumumkan untuk ‘Menyakitkan Revolusi’ untuk melancarkan kembali semula industri. Kesatuan Soviet membeli gula pada harga yang sangat istimewa. Pada tahun 1970, Castro terkenal kerana menetapkan sasaran pengeluaran yang lumayan dengan harga 10 juta satu tan gula. Namun selepas pakatan Soviet runtuh pada tahun 1989 dengan embargo AS masih di tempat dan harga yang sudah jatuh, pulau itu tidak lagi dapat bersaing.

    Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Cuba pernah bekerja di kilang-kilang penapis seperti di wilayah Pedro Betancourt di kawasan timur Cuba.
    Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Cuba pernah bekerja di kilang-kilang penapis seperti di wilayah Pedro Betancourt di kawasan timur Cuba.
    Dua pertiga daripada kilang penapis gula telah ditutup sejak tahun 2002. – AFP
    Dua pertiga daripada kilang penapis gula telah ditutup sejak tahun 2002. – AFP

    Dua pertiga daripada kilang penapis gula telah ditutup sejak tahun 2002. Daripada lapan juta setahun pada tahun 1990-an, pengeluaran gula di pulau itu menjunam kepada hanya lebih satu juta pada tahun 2010. “Ketika itulah kami mula semakin menurun dan terjatuh menghembap lantai,” kata Rafael Suarez, ketua hubungan antarabangsa bagi negeri Azcuba yang memonopoli pengeluaran gula di negara itu kepada wartawan AFP.

    “Semenjak itu, beberapa usaha sedang giat dijalankan. Kilang-kilang penapis cuba dinaik tarafkan dan bertambah baik serta banyak penekanan telah diarah untuk pengeluaran tebu,” tambah Rafael lagi kepada media. Kini, wilayah Azcuba sedang mencuba untuk penambahan pengeluaran derivative gula, rum, makanan lembu dan juga bahan api yang boleh diperbaharui untuk kepentingan ekonomi di wilayah dan negara itu.

    Kos manusia

    Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Cuba pernah bekerja di kilang-kilang penapis seperti di wilayah Pedro Betancourt di kawasan timur Cuba. Kilang penapis itu digunakan sebaik mungkin dan berpotensi untuk membayar para pekerja mereka malah kadar keuntungan turut berganda. Julio Dominguez yang berusia 84 tahun pernah bekerja di Cuba Libre sehinggalah kilang itu ditutup.

    “Bandar ini telah dilucutkan dan pengeluaran tembakau juga turut ditinggalkan,” tambah Julio kepada wartawan AFP. Penapisan kilang gula berhenti pengilangan sepenuhnya pada tahun 2004 dan proses perobohan bermula pada tahun 2007. Seperti segala-galanya di Cuba untuk proses bangkit semula memerlukan banyak masa untuk kembali berjaya.

    Cuba masih bergelar sebagai pengeluar gula yang berkualiti di dunia. – AFP
    Cuba masih bergelar sebagai pengeluar gula yang berkualiti di dunia. – AFP

    “Malah di antara para pekerja menangis apabila mereka melalui bekas tapak industri tersebut,” kata ketua proses perobohan, Eliecer Rodriguez. “Saya mengetuk ke bawah namun itu adalah keputusan orang lain,” tambah Eliecer lagi kepada media. Para pekerja telah menyimpan gaji mereka untuk beberapa masa selepas penutupan itu malah ada juga pekerja yang telah berpindah untuk mencari sumber pekerjaan yang lain seperti pengeluar tembakau, pemandu teksi atau handymen.

    Manakala selebihnya ada yang telah berpindah ke Amerika Syarikat. “Penutupan kilang penapisan gula itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan sama ada dari segi emosi manusia dan juga masyarakat sosial. Apa revolusi lakukan ialah mengambil banyak hati untuk melihat bahawa tidak ada orang yang berjaya meninggalkan kesan mendalam itu,” tambah Suarez lagi kepada pihak media.

    Bau manis

    Tidak lama lagi, hanya cerobong asap konkrit Cuba Libre akan masih berdiri dalam pengeluaran tebu. Namun 70 kilometer (40 batu), sebuah cerobong masih lagi mengeluarkan asap dan bau karamel dapat dihidu dan ia merupaka sebuah perniagaan kilang penapisan Yesus Rabi di Cuba.

    Pengendali kilang, Juan Hernandez cuba untuk membuat satu lebihan produk daripada dua kilang gula ini yang mana sudah ditutup sebelum beliau sampai ke kawasan itu. “Ini adalah satu pengalaman yang pahit dan memilukan. Apabila kilang penapisan gula telah ditutup, kegiatan ekonomi semakin menurun dengan begitu tragedi. “Namun disebabkan oleh teknologi dan teknik, tuaian gula menyamai dengan keperluan, Cuba telah berjaya meningkatkan pengeluaran kepada dua juta tan metric setahun daripada tahun 2010,” tambah Juan kepada wartawan AFP.

    Lebih daripada separuh eksport yang mana kebanyakannya telah dihantar ke China dan juga Rusia. Suarez telah menganggap pulau itu boleh berkembang maju dengan peningkatan produk gula. “Melihat kapasti negara itu yang kecil membuatkan pengeksportan terbesar gula di dunia tidak akan kembali dan itu adalah satu yang pasti,” tambah Suarez mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda