Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    ‘Cuba nyanyi 30 tahun baru kita cakap!’

    Penyanyi Ning Baizura meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir warganet yang mengkritik persembahannya dalam satu video tular, baru-baru ini.

    Ning berkata, warganet yang menulis kecaman itu tidak mengetahui situasi sebenar yang dilalui olehnya semasa membuat persembahan berkenaan.

    “Senang je nak kutukkan? Jangan kurang ajar ya! Wahai manusia, ingatlah Allah maha besar tau! Dan yang nak buat lawak teruskan sebab lagi tular lagi akak dapat banyak rezeki dan tawaran persembahan.

    “Tak payah nak kasihan-kasihan atau simpati. Kalian tidak mengetahui bagaimana perjalanan dan apa yang perlu saya harungi.

    “Mengapa saya saya berasa begitu, bagaimana perasaan saya semasa menyanyikan lagu itu,” jelasnya menerusi Instagram.

    Dalam pada itu, pelakon filem Maria Mariana 2 itu memberitahu dia membuat persembahan selama empat hari di sebuah restoran dan pub di ibu negara itu.

    “Ini adalah hampir lagu ke-80 sepanjang empat hari persembahan selama dua jam berturut-turut setiap malam,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Ning turut melihat video tular itu sedikit sebanyak membuatkan ramai berminat untuk mengetahui cara nyanyiannya semasa mendendangkan lagu Awan Yang Terpilu.

    “Saya gembira melihat ramai yang tiba-tiba berminat dengan gaya nyanyian soprano saya. Senang. Datang untuk belajar dan cuba menyanyikannya selama 30 tahun. Kemudian kita bincang,” katanya.

    Sebelum itu, kecoh di media sosial video nyanyian Ning Baizura hingga ia turut menarik perhatian beberapa penyanyi tanah air seperti Datuk Hattan. – Agensi

    Ning Baizura meminta warganet jangan terlalu mudah mengkritik nyanyiannya yang sudah 30 tahun dalam industri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -