Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Cuba pelbagai produk, Rody Kristal nekad tanam rambut

    Selepas mencuba pelbagai produk melebatkan rambut, pemain gitar utama kumpulan Kristal, Rody akhirnya membuat keputusan melakukan rawatan menanam rambut di sebuah klinik.

    Menurut Rody atau Mohd Rodi Baharudin, dia nekad melakukan proses tersebut selepas berdepan masalah rambut yang teruk sejak beberapa tahun lalu.

    “Kali terakhir saya botak masa pergi tunaikan umrah sekitar 2017.

    Lama juga saya simpan rambut ini, memang sayang bila hendak botakkan kepala.

    “Tapi sebab ada masalah rambut, saya terpaksa berkorban botakkan kepala. Ikutkan sudah macam-macam produk cuba, tapi tak berjaya.

    Rody akhirnya membuat keputusan melakukan rawatan menanam rambut di sebuah klinik. – Agensi

    “Makin lama, makin berkurangan rambut saya di bahagian depan. Itu yang membuatkan saya nekad untuk buat rawatan tanam rambut,” katanya kepada mStar.

    Terdahulu, Rody berkongsi foto memperlihatkan dirinya membuat rawatan tanam rambut di laman sosial Instagram miliknya.

    Berkongsi mengenai kesan sampingan, Rody memberitahu mukanya kini mengalami bengkak akibat ubat bius yang digunakan untuk proses itu.

    Biarpun alami sedikit luka di kepalanya, namun Rody menganggap ia satu pengorbanan untuk rambutnya kelihatan cantik.

    “Buat masa ini, muka saya jadi bengkak… mungkin akan bengkak selama tiga hari. Anak-anak panggil saya ‘monster’ sebab muka bengkak.

    “Saya memang lebih suka rambut panjang. Biarlah botak kejap daripada rambut panjang tapi bahagian depan botak,” ujarnya – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...