Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Cuba perkenalkan kursus bahasa Cina dalam pendidikan

    HAVANA – Samuel Zayas, pelajar sekolah menengah berusia 12 tahun dari daerah Havana di Plaza de la Revolucion, gembira untuk mula belajar Bahasa Cina sebagai mata pelajaran pilihan.

    Dia adalah antara hampir 130 pelajar tingkatan tujuh dari sekolah menengah Fructuoso Rodriguez yang akan mendapat manfaat daripada kelas Bahasa Cina semasa tahun akademik baharu.

    “Saya membuka pintu kepada masa depan saya,” katanya kepada Xinhua. “China adalah kuasa ekonomi yang sangat penting di arena antarabangsa. Mempelajari Bahasa Cina akan menjadi sukar pada awalnya, tetapi saya rasa saya telah membuat keputusan yang bijak.”

    Marcelo Rodriguez, 12, berkata kursus itu akan membantunya berinteraksi lebih baik dengan dunia teknologi dan mendapatkan pandangan tentang pencapaian mengagumkan China sejak beberapa dekad lalu.

    “Jika saya pergi ke China, saya akan dapat berkomunikasi dengan penutur asli,” katanya. “Tiada siapa yang tahu apa masa depan saya.”

    Duta Besar China ke Cuba Ma Hui (depan) menyampaikan ucapan di sekolah menengah Fructuoso Rodriguez di Havana, Cuba. – Xinhua
    Guru Bahasa Cina Hou Jiaqi mengajar kursus bahasa Cina di sekolah menengah Fructuoso Rodriguez. – Xinhua

    Buat pertama kali di negara Caribbean ini, Kementerian Pendidikan Cuba baru-baru telah memperkenalkan kursus Bahasa Cina ke dalam pendidikan menengah.

    Duta Besar China ke Cuba, Ma Hui berkata kedua-dua negara telah mengambil langkah penting untuk membangunkan hubungan mereka melalui budaya dan pendidikan.

    “Pembelajaran bahasa asing adalah sangat penting,” katanya pada majlis perasmian kursus itu. “Saya yakin se-penuhnya bahawa mengetahui tentang budaya dan Bahasa Cina akan membawa banyak peluang kepada pelajar pada masa hadapan.”

    Kedutaan China di Cuba telah menyediakan sekolah dengan buku teks, kamus, buku panduan, dan mainan tradisional untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa pelajaran Bahasa Cina.

    Pengetua sekolah, Carlos Camejo menyuarakan keyakinan terhadap kejayaan kursus itu, berkata lebih banyak pusat pendidikan di seluruh negara akan mengadakan inisiatif itu pada tahun-tahun akan datang.

    “China dan Cuba mempunyai persaudaraan yang kukuh,” katanya kepada Xinhua. “Saya tidak ragu-ragu kelas Bahasa Cina akan menjadi sangat positif untuk perkembangan intelek pelajar.”

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, minat untuk mempelajari Bahasa Cina telah berkembang di Cuba apabila hubungan Cuba-China terus kukuh.

    Guru Bahasa Cina, Hou Jiaqi, 26, memberitahu Xinhua bahawa dia berasa berbesar hati untuk bekerja di Cuba sebagai sebahagian daripada pengalaman profesional baharu. “Saya berharap pelajar saya akhirnya boleh menjadi penutur yang mahir dalam Bahasa Cina dan kursus ini dapat terus membuka jalan ke arah memperkukuh hubungan antara China dan Cuba,” katanya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...