Cuba serah lelaki buruan Interpol

HAVANA, 8 Nov – Cuba semalam telah menyerahkan semula rakyat Amerika yang menjadi buruan Interpol kepada Amerika Syarikat selepas mengelak daripada keadilan di negara Caribbean itu.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan oleh Havana, menjadi buruan atas dakwaan jenayah serius yang dilakukan di sana dan memasuki Cuba pada 28 Oktober.

“Tindakan ini adalah berdasarkan kepatuhan Cuba dengan undang-undang antarabangsa dan perjanjian dua pihak bersama AS mengenai kepatuhan dan penguatkuasaan yang sudah wujud dan kerjasama yang telah dilakukan oleh kedua-dua kerajaan yang semakin membangun,” menurut kenyataan dari Cuba.

Kenyataan dari pejabat pendakwaan Essex di New Jersey yang diberikan kepada AFP, mengidentifikasikan lelaki itu sebagai James Ray III, 55, yang dikehendaki atas dakwaan bunuh melibatkan pasangannya Angela Bledsoe.

Beliau kembali ke New Jersey lewat kelmarin, menurut kenyataan AS.

Mahkamah dan beberapa kerjasama antara Cuba dan AS telah dirasmikan selepas hubungan yang semakin baik antara musuh Perang Dingin itu. Kedua-dua belah pihak menubuhkan semula hubungan diplomatik secara penuh pada 2015 selepas berehat lebih lima dekad.

Meskipun pentadbiran pimpinan Donald Trump ketika ini masih mengekalkan sekatan ekonomi AS dan melancarkan retorik politik, kerjasama dua pihak masih diteruskan di beberapa bidang. – AFP