Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuba, UAE meterai perjanjian pengecualian visa

    HAVANA, 30 April – Cuba dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pengecualian visa, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan Cuba.

    MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Menteri Luar Cuba Anayansi Rodriguez dan Timbalan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE Yacoub Yousef Hassan Al Hosani pada Isnin, menurut agensi berita Cuba (ACN).

    Pada majlis itu Rodriguez mengulangi kesediaan Cuba untuk meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama dengan UAE.

    Al Hosani kini dalam rangka lawatan kerja ke Havana.

    Hubungan diplomatik kedua-dua negara mula terjalin pada 2002. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda