Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Cubaan menyeludup digagalkan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Sejumlah tiga kotak besar mengandungi 36 botol minuman keras dan 16 karton rokok pelbagai jenis telah dirampas dalam satu operasi rondaan dan pemantauan jenayah di Kampung Bebuloh, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), operasi tersebut dijalankan oleh Pasukan Polis Simpanan C Kompeni dan dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    Semasa operasi tersebut seorang lelaki dan perempuan warga tempatan berumur dalam lingkungan 28 hingga 30 tahun yang dipercayai cuba membawa masuk barangan tegahan kastam berjaya ditahan.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa semasa operasi berkenaan, kenderaan bersama pemandu dan penumpang yang dipercayai cuba membawa masuk barangan tegahan telah ditahan di kawasan hujung jalan Kampung Bebuloh.

    Dalam pada itu, penemuan barang-barang mencurigakan serta dua orang suspek telah dibawa ke Balai Polis Limau Manis bagi menjalani siasatan awal dan kes ini diambil alih oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

    Sehubungan itu, PPDB serta agensi penguat kuasa undang-undang lain akan terus komited menjalankan usaha membanteras, merisik serta membuat pemantauan berterusan ke atas sebarang kegiatan jenayah yang berlaku berhampiran sempadan-sempadan Negara Brunei Darussalam.

    Barangan tegahan yang dirampas oleh penguat kuasa semasa rondaan yang dijalankan baru-baru ini.
    Barangan tegahan yang ditemui oleh penguat kuasa semasa rondaan yang dijalankan di Kampung Bebuloh.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -