Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    ‘Cubaan rampasan’ kapal di UAE gagal

    LONDON, 4 OGOS – Cubaan rampasan kapal di Teluk Oman telah berakhir dan kapal itu selamat, kata sebuah agensi keselamatan maritim UK hari ini, beberapa hari selepas serangan maut di kapal tangki di wilayah itu.

    “Penumpang telah meninggalkan kapal. Kapal selamat. Insiden selesai,” kata Operasi Perdagangan Maritim UK (UKTMO) di Twitter.

    Cubaan rampasan itu berlaku di pesisir Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanya beberapa hari selepas serangan ke atas kapal tangki menyebabkan dua orang terbunuh, di mana Amerika Syarikat dan sekutunya menyalahkan Iran.

    Sebelum itu, Lloyd’s List melaporkan bahawa lelaki bersenjata telah menaiki kapal tangki berbendera Panama dan mengarahkannya untuk berlayar ke Iran.

    Dan semalam, UKTMO mengatakan ‘cubaan rampasan’ kapal itu berlaku 60 batu di timur emirat Fujairah ketika menuju ke Selat Hormuz.

    Penganalisis keselamatan maritim di Dryad Global dan Aurora Intelligence mengenal pasti kapal yang hendak di rampas itu sebagai Asphalt Princess yang mengibarkan bendera Panama.

    Kapal itu menuju ke Iran di bawah kawalan lelaki bersenjata dengan operasi tentera laut Britain dan AS yang memantau keadaan, kata Lloyd’s List.

    Richard Meade, editor laman perisikan industri perkapalan, mengatakan kepada The Times bahawa ‘angkatan bersenjata telah menaiki kapal itu, yang terakhir sekitar jam 5 petang waktu London, dan mengarahkannya ke Iran’.

    Kejadian di Selat Hormuz di salah satu perairan paling sibuk di dunia itu berlaku beberapa hari selepas serangan ke atas kapal tangki yang berkaitan dengan Israel yang menuju ke UAE, yang dipersalahkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Iran. – AFP

    Sebuah kapal Pengawal Pantai UAE melakukan rondaan di luar Fujairah, UAE, semalam. Tentera laut Britain memberi amaran tentang ‘cubaan rampasan’ kapal di luar pantai UAE di Teluk Oman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...