Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup dadah satu tan tumpas

    NARATHIWAT, 21 MEI – Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis ‘ice’ atau kristal methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht di Narathiwat, selatan Thailand.

    Ketua Polis Narathiwat Mej Jen Anuruth Imarb berkata dalam kejadian kira-kira 2:30 petang waktu tempatan pada 18 Mei, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai ‘runner’ dan anggota sindiket pengedaran dadah.

    “Polis menahan sebuah pikap yang mencurigakan pada sekatan jalan raya dan menemukan dadah jenis kristal methamphetamine seberat 925 kilogram tersembunyi dalam kenderaan itu.

    “Pemandu pikap itu ditahan. Siasatan awal, lelaki itu mendapatkan stok dadah di Bangkok sebelum menghantar ke Tak Bai di Narathiwat dengan upah 400,000 baht.

    “Dadah itu dipercayai akan diseludup ke Malaysia,” katanya pada satu sidang media di sini.

    Anuruth berkata polis turut merampas tiga buah kereta, lima buah motosikal dan barangan kemas serta menyita sebuah rumah dan akaun bank milik sindiket itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...