Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup heroin di lapangan terbang Pakistan tumpas

    ISLAMABAD, 13 FEB – Pasukan Anti-Narkotik (ANF) Pakistan berjaya menumpaskan satu percubaan untuk menyeludup heroin di Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan di bandar barat utara Peshawar dan menangkap seorang suspek, menurut media tempatan dan pegawai hari ini.

    Menurut ANF, mereka menemukan 3kg heroin yang disembunyikan di bawah sebuah beg semasa pemeriksaan bagasi.

    Lelaki yang ditangkap itu telah dihantar ke sebuah tempat yang tidak didedahkan bagi siasatan lanjut, dengan kes difailkan ke atasnya.

    Dalam perkembangan berasingan, ANF di Peshawar telah menjalankan operasi berasaskan perisikan, merampas lebih 9kg hashish dan menangkap seorang individu, lapor media tempatan hari ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...