Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup ketamin bersama pelbagai jenis kacang dipatahkan

    NILAI, 14 JULAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup 245 kilogram ketamin dianggar bernilai RM13.48 juta yang disorokkan bersama pelbagai jenis kacang dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 4 Julai lepas.

    Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita 42 kotak mengandungi 49 bungkusan plastik berisi bahan kristal disyaki ketamin dalam pemeriksaan kira-kira 11 malam di Kompleks Kargo Udara KLIA itu.

    “Modus operandi sindiket ini ialah mengikrarkan barang mengandungi dadah itu sebagai Haricot Verts (kacang hijau) sedangkan di dalamnya terdapat bungkusan pelbagai jenis kacang bercampur serbuk kristal disyaki dadah berbahaya.

    “Siasatan awal mendapati dagangan itu dieksport dari sebuah negara di Eropah kemudian transit di negara Timur Tengah sebelum mendarat di KLIA sebagai destinasi terakhir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata hasil risikan mendapati pengimport memalsukan pengikraran semasa proses pengimportan sekali gus menyukarkan tangkapan dibuat ke atas pengimport dagangan tersebut.

    Menurutnya rampasan tersebut merupakan terbesar direkodkan setakat tahun ini dan dadah itu disyaki untuk pasaran tempatan. – Bernama

    Datuk Zazuli Johan (tengah) menunjukkan antara rampasan dadah dan kanabis pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Cawangan Narkotik Kampung Jijan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...