Cubaan seludup kura-kura gagal

SINGAPURA, 30 JULAI – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menggagalkan cubaan menyeludup tujuh ekor anak kura-kura (leopard tortoise) di dalam sebuah lori yang bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 22 Julai lepas.

Menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi pihak berkuasa itu, pegawai ICA menjumpai kura-kura berkenaan di dalam sebuah kotak kadbod putih di belakang kerusi pemandu semasa melakukan pemeriksaan fizikal ke atas lori berkenaan.

ICA memaklumkan pemandu lori dan seorang lelaki membantu siasatan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) berhubung penemuan haiwan itu. – Bernama