Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup kura-kura ke M’sia gagal

    NEW DELHI, 6 JAN – Pihak berkuasa lapangan terbang Chennai, India menggagalkan cubaan menyeludup 1,364 ekor kura-kura spesies Indian Star ke Malaysia.

    Hidupan eksotik itu dijumpai dalam 13 bungkusan kargo udara, yang diisytiharkan mengandungi 230 kilogram ketam hidup, lapor media India.

    Pegawai kastam pada Selasa bertindak memeriksa bungkusan tersebut selepas memperoleh maklumat tentang cubaan menyeludup hidupan liar, dan kura-kura itu ditemui dalam tujuh kotak.

    Hidupan liar itu kemudian diserahkan kepada jabatan hutan negeri Tamil Nadu untuk dilepaskan semula ke habitatnya, kata laporan itu.

    Kura-kura Indian Star hanya didapati di beberapa kawasan di selatan India, dan dijadikan haiwan peliharaan di beberapa negara Asia Tenggara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...