Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup minuman keras, ayam dipatahkan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    TEMBURONG, 6 APRIL – Sebanyak 312 botol dan 840 tin minuman keras pelbagai jenama serta 20kg sayap ayam mentah dan tongkeng ditemui semasa penahanan seorang pemandu di kawasan premis perniagaan di Kampung Puni, Daerah Temburong sekitar 5:30 pagi tadi.

    Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan pemandu itu ditahan oleh keanggotaan detektif dan peronda Balai Polis Bangar yang menemui sebanyak 32 bungkusan plastik hitam yang mencurigakan disimpan di bahagian tempat duduk penumpang belakang dipercayai kesemuanya barang tegahan.

    Pemandu (suspek) merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 39 tahun.

    Barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Ugama (BPU) Daerah Temburong bagi siasatan dan tindakan lanjut manakala itu, kenderaan dan pemandu segera dibawa ke Balai Polis Bangar bagi siasatan awal.

    Suspek turut berdepan dengan kesalahan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya atas kesalahan kenderaan tidak dilindungi insurans dan lesen kenderaan mansuh.

    Kenyataan menekankan, PPDB akan sentiasa bekerjasama dan berganding bahu bersama agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini dalam membanteras dan mencegah dari berlakunya jenayah dan isu penyeludupan rentas sempadan di Negara Brunei Darussalam.

    Sehubungan itu, PPDB memohon kerjasama orang ramai bagi membantu pihak berkuasa dalam memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat yang berkaitan melalui talian-talian kecemasan pihak penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

    Barangan tegahan yang berjaya dirampas oleh anggota detektif dan peronda Balai Polis Bangar.
    Sebanyak 32 bungkusan plastik hitam yang mencurigakan ditemui yang dipercayai kesemuanya barang tegahan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...