Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup minuman keras dipatahkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya mematahkan satu lagi cubaan menyeludup masuk barang tegahan berupa minuman keras pelbagai jenama semasa rondaan keanggotaan Balai Polis Bangar yang menyasarkan kawasan penurunan perahu di Mukim Bokok, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, semasa rondaan itu, anggota bertugas telah menemukan beberapa bungkusan kotak yang mencurigakan ditinggalkan di kawasan tebing sungai dengan sengaja dipercayai salah satu taktik penyeludupan. Barangan 228 botol minuman keras pelbagai jenama segera dirampas dan dibawa ke Balai Polis Bangar bagi tindakan pemeriksaan lanjut.

    Ia diserah kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi peralihan siasatan dan tindakan seterusnya.

    Bungkusan minuman keras yang dikesan polis. di tebing sungai. -Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...