Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan seludup minyak digagalkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12-13 Januari 2008 – Dengan harga minyak yang tinggi di negara jiran, barangan terkawal itu semakin menjadi barangan yang sering diseludupkan keluar dari Brunei.

    Penyeludup juga sentiasa mencuba pelbagai kaedah baru yang bertujuan untuk mengelirukan pihak penguat kuasa dalam kegiatan penyeludupan mereka.

    Bagaimanapun cubaan mereka sering digagalkan ekoran tindakan pantas pegawai Kastam Bahagian Pencegahan dan Perisikan bersama Pegawai Kastam Cawangan Pos Kawalan Kuala Lurah, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

    Yang terbaru ialah kejayaan pihak berkuasa mematahkan cubaan penyeludupan minyak diesel dengan menggunakan tangki minyak yang diubahsuai kira-kira pukul 2:30 petang.

    Dalam kejadian itu pegawai kastam membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta warga asing dan mendapati minyak diesel disimpan dalam beberapa tangki minyak yang diubahsuai dan minyak itu dipercayai untuk diseludupkan ke negara jiran.

    Pemeriksaan rapi untuk mengeluarkan minyak diesel daripada tangki yang diubahsuai dengan bantuan pegawai Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) mendapati sebanyak 600 liter minyak diesel dengan nilai $186 cuba diseludupkan keluar dari negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda