Cubaan seludup motosikal tumpas

BAU, 13 April – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba membawa keluar tiga motosikal, di Serikin yang terletak berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia petang semalam.

Jurucakap Briged Ketiga Infrantri Malaysia berkata suspek lelaki itu ditahan sepasukan anggota Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) yang sedang melaksanakan kawalan di lokasi berkenaan.

“Sekitar 4 petang, pasukan yang diketuai Lt Kol Ismahizan Ishak mengesan suspek bersama tiga buah motosikal itu di lorong tikus sebelum bertindak menahannya. – Bernama