Cubaan seludup rokok digagalkan di Pelabuhan Johor

JOHOR BAHRU, 2 JUN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan cubaan menyeludup masuk 97,810 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM17.745 juta termasuk cukai di Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, di sini, dalam dua kes berasingan, bulan lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Johari Alifiah berkata dalam kes pertama, kira-kira pukul 12 tengah hari 18 Mei lepas, anggota kastam dari Stesen Penguatkuasaan Pasir Gudang menemui 44,810 karton rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai RM2.205 juta dengan jumlah cukai RM6 juta selepas memeriksa sebuah kontena mencurigakan.

“Dagangan di dalam kontena terbabit didapati diisytiharkan sebagai klip hos besi tahan karat yang diimport dari sebuah negara menuju ke Malaysia.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kontena itu kemudian menemukan barangan larangan iaitu rokok putih dan kretek berkenaan yang kesemuanya melibatkan 44,810 karton atau bersamaan 8.757 juta batang rokok,” katanya kepada pemberita di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini, hari ini. – Bernama

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan cubaan menyeludup masuk 97,810 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM17.745 juta termasuk cukai di Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, di sini, dalam dua kes berasingan, bulan lepas pada 18 dan 19 Mei lepas. Perkara tersebut didedahkan Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Johari Alifiah pada sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor Bahru, kelmarin. – Bernama