Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Cuckoo rai ulang tahun ke-6

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Cuckoo International (B) Sdn Bhd meraikan ulang tahun ke-6 dengan majlis makan malam gala di Dewan Grand Cesar, Hotel Mulia, di Kampung Anggerek Desa, pada malam ini.

    Majlis bertemakan Glitz and Glam itu dihadiri lebih 350 orang yang terdiri daripada rakan perniagaan, organisasi jualan dan kakitangan korporat.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Charge D’Affaires di Kedutaan Republik Korea, Cho Hye Ran.

    Acara dimulakan dengan pameran video korporat Cuckoo yang mengetengahkan perjalanan Cuckoo pada tahun 2016, diikuti ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan Cuckoo Brunei, Wong Kim Guan.

    Cuckoo Brunei seterusnya meraikan pencapaian kakitangannya dengan penyampaian lebih 15 anugerah sebagai pengiktirafan atas promosi pengurusan dan prestasi cemerlang tahun ini oleh pasukan jualan Cuckoo.

    Sempena majlis itu, tiga produk baharu turut dilancarkan, antaranya Cuckoo XCEL Water Purifier, Cuckoo Titan dan Cuckoo Warrior Top. Cuckoo Brunei semasa majlis itu turut merasmikan kerjasama bersama dengan syarikat pengedaran elektronik tempatan, Advansse.

    Cuckoo Brunei berharap perkongsian bersama Advansse itu akan melengkapkan kediaman rakyat Brunei dengan memperkenalkan kategori-kategori produk baharu sekali gus mengorak satu lagi langkah dalam mencapai misi Cuckoo Brunei sebagai Pencipta Rumah Sihat nombor 1 di negara ini.

    Antara yang hadir pada majlis makan malam gala Cuckoo yang berlangsung di Dewan Grand Cesar, Hotel Mulia, di Kampung Anggerek Desa, kelmarin.
    Antara persembahan pada majlis tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...