Cucu Elvis Presley meninggal dunia

Anak kepada pelakon Lisa Marie Presley dan cucu Elvis Presley, Benjamin Keough, meninggal dunia pada usia 27 tahun dengan menembak dirinya,  lapor agensi berita Sputnik.

Berita kematian itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh pengurus Lisa Marie Presley, Roger Widynowski pada Ahad lalu.

Benjamin Keough, meninggal di Calabasas, California selepas mengalami kecede-raan parah.

Sementara itu, Jabatan Syerif Los Angeles dalam satu kenyataan di Facebook berkata pihaknya sedang menyiasat kematian seorang lelaki kulit putih di Calabasas pada Ahad lalu.

Mangsa ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian atas anggota badannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, Benjamin Keough menandatangani perjanjian bernilai AS$5 juta dengan Universal Music ketika masih remaja, namun, tiada sebarang album yang dikeluarkan di bawah perjanjian itu. – Bernama

Benjamin Keough, meninggal di Calabasas, California selepas mengalami kecederaan parah. – Agensi